Cara-cara Memutihkan Baju Sekolah Anak Anda Supaya Kekal Putih Berseri

Seperti semua sedia maklum, cuaca di Malaysia tidak dapat dijangka. Kadang panas terik, kadang hujan berhari-hari, berminggu-minggu.

Anak-anak anda yang berpakaian baju sekolah tebal atau berlengan panjang amat mudah berpeluh, terutamanya mereka yang bersekolah pada sesi petang. Jadilah, mengetahui cara-cara memutihkan baju sekolah amat penting untuk menjaga kebersihan anak anda.

Kebiasaannya, baju sekolah murah dan tidak berkualiti akan bertukar warna dan cepat lusuh. Oleh itu, anda haruslah memilih kain baju sekolah yang bagus dan tahan lasak.

Dalam bahagian di bawah, kami akan berkongsi cara-cara memutihkan baju sekolah yang efektif untuk menyenangkan kerja anda sebagai seorang ibu dan bapa.

Cara-cara Memutihkan Baju Sekolah

  1. Asingkan Baju Sekolah dengan Baju Lain semasa Membasuh

    Baju putih amat sensitif dan mudah untuk bertukar warna. Terutamanya apabila baju direndam dalam baldi yang sama dengan baju berwarna lain. Sebelum mencuci, asingkan terlebih dahulu baju berwarna dengan baju putih. Pastikan tidak tercicir satu helai pun.

  2. Gunakan Pemutih Baju

    Antara cara-cara memutihkan baju sekolah, pemutih baju adalah cara yang terbaik untuk menghilang dan memutihkan baju sekolah. Pemutih baju seperti Ujala Supreme Fabric Whiter dan Vanish boleh memutihkan baju sekolah sehingga putih berseri.

  3. Guna Jus Lemon atau Cuka

    Untuk langkah ini, sediakan bahan-bahan berikut: ¼ cawan serbuk pencuci kain, 3 biji lemon yang sudah diperah, 1 sudu garam, dan 2 liter air.

    Didihkan 2 liter air dalam satu periuk. Selepas itu, masukkan jus lemon, garam, dan cawan serbuk pencuci kain ke dalam periuk tersebut. Tuangkan air panas ke dalam mesin basuh dan rendam baju selama 40 minit. Selepas itu, jemur baju anda di bawah cahaya matahari, anda akan nampak hasilnya setelah kering.

  4. Beli Baju Kokurikulum dan Baju Sekolah Professor Uniform

    Jika cara-cara memutihkan baju sekolah tersebut tidak berkesan, anda bolehlah membeli koleksi baju sekolah murah dari Professor Uniform. Kualiti kita merupakan kain baju sekolah yang bagus.

    Koleksi terbaharu pakaian baju kokurikulum dan baju sekolah Professor Uniform adalah diperbuat daripada kain Tetoron dan Micro Fiber.

    • Jenis Kain: Tetoron

      Kain Tetoron mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

    • Jenis Kain: Micro Fiber

      Buat sementara waktu, Professor Uniform hanya menjual kain jenis Micro Fiber untuk baju sekolah putih sahaja.

      Kain Micro Fiber mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

5 Sabun Pencuci Baju Kegemaran Semua

Selain daripada cara-cara memutihkan baju sekolah ditulis di atas, anda boleh membeli 5 sabun di bawah untuk membersihkan baju anak anda:

  1. Top

    Sabun Top dijual dalam empat haruman berbeza iaitu: Blooming Freshness, Super Hygienic, Super White dan Super Colour. Keistimewaan Top adalah ia menggunakan bahan khas untuk mencuci pakaian berwarna putih. Ia juga sangat efektif untuk menyerap bau peluh serta mengekalkan bau harum baju sekolah anak anda.

  2. Daia Lemon Citrus Excellent Washing Powder Detergent

    Sabun detergen ini diformulasi daripada formula aktif yang dikenali sebagai “Triple-enzyme teknologi”. Daia Lemon boleh dicuci dengan tangan atau mesin basuh dan boleh menghilangkan kekotoran tanpa menipiskan atau memudarkan warna baju sekolah anak anda.

  3. Breeze Liquid Detergent Anti Bac & Colour Protect

    Sabun basuh Breeze diinovasi khas untuk mesin basuh jenis muatan hadapan (front loading). Sabun ini tiga kali lebih efektif dari sabun biasa untuk menghilangkan kekotoran. Ia juga mengandungi anti-bakteria yang memberi perlindungan sehingga 99.9% untuk menghilangkan kuman.

  4. Dynamo Power Gel Concentrated Gel Detergent

    Sabun basuh Dynamo diformulasi untuk menghilangkan kesan tumpahan Milo, teh, dan kopi pada pakaian sekolah anak anda. Detergen ini pekat dan tidak perlu dituang dalam kuantiti yang banyak. Detergen ini dijamin untuk meninggalkan kotoran dan haruman yang wangi sepanjang hari.

  5. Persil Liquid Detergent: Superior Clothes Care

    Persil sangat sesuai untuk kegunaan mesin basuh jenis muatan hadapan (“front loading”). Sabun pencuci pakaian ini mengandungi jenama detergen sendiri iaitu Fibre Guard Technology.

Lokasi Kedai Professor Uniform

Kalau anda sedang mencari jenama baju sekolah yang berkualiti, anda boleh mengunjungi kami di lokasi-lokasi berikut: Tesco Extra Mutiara Damansara, Tesco Extra Puchong, Tesco Extra Kajang, Plaza Shah Alam, Tesco Extra Ampang, Melawati Mall, Midvalley, dan SS2.

Jangan tunggu lagi – belilah baju sekolah murah dan berkualiti sekarang!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di: www.professoruniforms.com.my